Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Polis, NParks keluarkan nasihat mengenai aktiviti berhubung konflik Israel-Hamas di Sudut Pidato

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Polis, NParks keluarkan nasihat mengenai aktiviti berhubung konflik Israel-Hamas di Sudut Pidato

Apr 30, 2024 | 10:18 PM



Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Lembaga Taman Negara (NParks) telah mengeluarkan nasihat mengenai penganjuran aktiviti dan acara berkaitan konflik Israel-Hamas di bawah acara yang tidak berkaitan yang akan diadakan di Sudut Pidato.

Polis dan NParks berkata mereka sedar mungkin terdapat rancangan untuk menganjurkan aktiviti berkaitan konflik Israel-Hamas, semasa dan sebahagian daripada acara tidak berkaitan yang akan diadakan di sana.

Dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan pada 30 April, kedua-dua SPF dan NParks berkata terdapat “kebimbangan keselamatan awam dengan perhimpunan dan perarakan yang dianjurkan berhubung dengan konflik itu”.

“Aktiviti sedemikian mungkin memberi kesan buruk kepada keamanan dan keharmonian antara agama yang berbeza di Singapura dan meningkatkan ketegangan antara masyarakat.

“Penganjuran sebarang acara atau aktiviti sedemikian di Sudut Pidato melanggar Ketenteraman Awam (Kawasan Bukan Larangan – Sudut Pidato) 2023, kerana acara dan aktiviti menyentuh agama di Speakers’ Corner tidak dikecualikan daripada memerlukan permit Polis,” menurut kenyataan itu.

Polis dan NParks juga mengingatkan orang ramai bahawa hanya warga Singapura dan entiti Singapura dibenarkan menganjurkan atau berucap di perhimpunan atau perarakan di Sudut Pidato.

Selain itu, hanya warga atau penduduk tetap Singapura dibenarkan mengambil bahagian dalam perhimpunan atau perarakan di Sudut Pidato tanpa memerlukan permit, tertakluk pada syarat di bawah Ketenteraman Awam (Kawasan Bukan Larangan – Sudut Pidato) 2023.

“Warga asing dan entiti asing tidak dibenarkan untuk menganjurkan atau bercakap, atau mengambil bahagian tanpa kebenaran Polis, dalam mana-mana perhimpunan atau perarakan di Sudut Pidato. Penganjur acara di Sudut Pidato bertanggungjawab memastikan perkara ini.

“Warga asing yang melawat atau tinggal di Singapura harus mematuhi undang-undang kami dan tidak seharusnya mengimport isu atau politik negara lain ke Singapura,” tekan kenyataan itu.

Ia menambah bahawa demikian merupakan prinsip yang telah lama wujud yang telah membantu mengekalkan keharmonian dan ketenteraman awam di Singapura, serta hubungan baik dengan negara lain.

Polis menegaskan bahawa mereka yang melanggar undang-undang akan ditangani dengan tegas dan ini mungkin termasuk penamatan visa atau lawatan atau pas kerja mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >