Cik Ramlah Ramlan mengimbau kembali kenangan beraya bersama rakan-rakan jururawatnya pada 1979.
Dalam kiriman gambar penuh nostalgia itu, Cik Ramlah berkata beliau dan rakan-rakannya akan bergilir-gilir menjadi tuan rumah apabila beraya pada masa itu.
“Perkataan Selamat Hari Raya yang ditampal di dinding diperbuat daripada bahan kemeja-T yang saya buat sendiri.
“Kami masih lagi berhubungan sehingga sekarang ... masih ada yang menjadi jururawat manakala ada yang sudah bersara atau berhenti,” kongsi beliau.