Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Remaja lelaki ngaku salah bakar anak kucing hidup-hidup

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Remaja lelaki ngaku salah bakar anak kucing hidup-hidup

May 03, 2024 | 03:12 PM



KAJANG (Selangor): Seorang remaja lelaki berusia 13 tahun mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Kajang, Selangor, pada 3 Mei, atas tuduhan membakar anak kucing hidup-hidup di sebuah pangsapuri.


Pesalah juvana itu membuat pengakuan berkenaan sebaik tuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Mengikut tuduhan, anak tunggal itu didakwa bersama-sama dua lagi yang masih bebas secara kejam menyebabkan kesakitan ke atas seekor kucing dengan membakar haiwan itu di kawasan tempat letak kereta di sebuah blok Pangsapuri Taman Sri Kenari, Kajang, pada 1.08 tengah hari, 22 April lalu.

Jika disabit kesalahan pesalah boleh didenda antara RM20,000 ($5,713) hingga RM100,000 atau dipenjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Cik Nurul Afiqah Abdul Ghaffar, memohon jaminan RM10,000 berikutan kesalahan itu membabitkan penganiayaan haiwan dan berkepentingan awam.

Bagaimanapun, ibu kepada pesalah juvana itu yang berusia 30 tahun dalam rayuannya memohon ikat jamin dikurangkan berikutan hanya berpendapatan RM1,500 sebulan sebagai pekerja kilang di sebuah syarikat elektronik dan berstatus ibu tunggal.

Mendengar hujah kedua-dua pihak, Cik Nik Siti Norazlini membenarkan jaminan RM1,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 27 Jun ini bagi mendapatkan laporan akhlak daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebelum menjatuhkan hukuman.

Sebelum ini, tular satu rakaman video berkaitan kejadian itu yang menunjukkan tiga budak lelaki sedang melepak di tapak letak motosikal pangsapuri berkenaan.

Dua daripada mereka kemudian menyimbah dipercayai bahan bakar ke atas anak kucing dianggarkan berusia enam minggu sebelum seorang daripada mereka menyalakan api.

Rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian mendapati terdapat tiga budak lelaki yang terbabit melakukan kekejaman itu.

Kejadian itu turut mendapat perhatian Presiden Persatuan Haiwan Malaysia Arie Dwi Andika yang mahu tindakan segera diambil pihak berkuasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >