Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Pahang pantau ajaran sesat ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pahang pantau ajaran sesat ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’

May 09, 2024 | 12:56 PM



KUANTAN: Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) bekerjasama dengan jabatan agama Islam seluruh Malaysia serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau ajaran, ‘The Ahmadi Religion Peace and Light’, atau ‘Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya’, yang tular di media sosial baru-baru ini.


Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam, Pembangunan Luar Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli Pahang, Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, berkata fahaman ajaran itu dipercayai diketuai seorang individu yang mengakui dirinya sebagai Imam al-Mahdi dan menggunakan gelaran, Abdullah Hashem Aba al-Sadiq.

“Pendeta mereka di Malaysia dan Indonesia bernama Kashfullah Amaluddin. Ajaran ini menyeru orang ramai supaya turut menjadi pengikut Imam al-Mahdi dan pemimpin Imam Mahdi, yang didakwa muncul masa kini.

“Mereka mempercayai penjelmaan semula, juga mempercayai utusan Tuhan itu terdiri daripada pelbagai manusia yang hebat daripada pelbagai agama, seperti Nabi Ibrahim, Krishna, Zoroaster, Buddha, Zeus, Moses, Aristotle, Socrates, Pythagoras, Plato, Nabi Isa dan Nabi Muhammad saw,” kata beliau, lapor Berita Harian Malaysia.


Datuk Syed Ibrahim berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah menyekat laman sesawang dan menurunkan lima kandungan media sosial berkaitan ajaran sesat itu.

“Kita akan terus menjalin kerjasama strategik bersama Jakim, jabatan agama negeri-negeri serta Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi mengekang ajaran itu daripada terus berleluasa,” katanya.


Beliau berkata ajaran itu aktif di pelbagai platform media sosial dan popular melalui penstriman langsung di aplikasi TikTok dengan jumlah pengikut lebih 30,000 dan mempunyai jumlah penonton yang ramai.

Kumpulan itu menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi mereka.

Datuk Syed Ibrahim berkata antara ciri ajaran sesat Ahmadi Agama Keamanan dan Cahaya ialah percaya pada kewujudan imam 12 (menyerupai kepercayaan mazhab Syiah); percaya bahawa Kaabah terletak di Petra Jordan bukan di Makkah, Arab Saudi; menyokong, mempromosi dan mempertahankan golongan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender); tidak mewajibkan solat dan menutup aurat; dan menghalalkan minuman arak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >