Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21

Kestabilan politik M’sia dapat rancakkan ekon, tingkat mutu hidup rakyat

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kestabilan politik M’sia dapat rancakkan ekon, tingkat mutu hidup rakyat

Dec 24, 2023 | 05:30 AM



Satu peristiwa utama di Malaysia pada 2023 adalah pilihan raya negeri (PRN) yang membabitkan enam negeri – Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Keputusannya, Gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN) kekal menguasai tiga negeri iaitu Negeri Sembilan, Selangor dan Pulau Pinang.

Sementara gabungan pembangkang Perikatan Nasional (PN), merangkumi Parti Islam SeMalaysia (PAS), Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) juga kekal menguasai tiga negeri iaitu Kedah, Terengganu dan Kelantan.

Banyak pihak menyatakan telah berlakunya ‘gelombang hijau’ di Malaysia yang mencerminkan peluasan pengaruh PN, khususnya PAS, dengan lebih banyak sokongan daripada pengundi Melayu/Islam.

Juga dalam negeri yang ditadbir PH, lebih ramai Melayu menyokong pembangkang. 

Namun, walaupun berlaku gelombang itu dan dakwaan berterusan pihak pembangkang bahawa Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tumbang, Datuk Anwar dapat terus kekal berkuasa lebih setahun dengan sokongan beberapa parti utama.

Ini termasuk BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Warisan dan beberapa parti kecil lain yang dibentuk atas permintaan Yang di-Pertuan Agong selepas pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Malah setakat ini, lima Ahli Parlimen (AP) Bersatu telah menyatakan sokongan kepada kepimpinan Datuk Anwar, membolehkan Kerajaan Perpaduan mempunyai sokongan dua pertiga kerusi Parlimen.

Penguasaan majoriti besar itu membolehkan Kerajaan Perpaduan menumpukan kepada isu dan perkara lebih penting bagi negara dan rakyat, dan bukan kepada usaha untuk mengelak tumbangnya kerajaan.

Dalam perbualan santai bersama beberapa individu semasa saya bercuti di Malaysia baru-baru, rata-rata mereka mahukan kemantapan politik di negara itu, yang telah mempunyai empat pentadbiran kerajaan berlainan sejak PRU ke-14 pada 2018 sehingga sekarang.

Kemantapan politik, kata mereka, akan membolehkan kerajaan Malaysia memberi lebih tumpuan kepada usaha membangunkan ekonomi dan negara, mengurus kos sara hidup yang meningkat, menaikkan gaji pekerja khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan beberapa perkara penting lain.

Mereka tidak mahu keadaan politik tidak mantap yang akan menjejas tumpuan kerajaan kepada isu-isu asas dan penting seperti mengawal harga barangan dan kemampuan mereka menyediakan makanan buat keluarga.

Sememangnya, harga barangan dan makanan yang meningkat sering menjadi perbualan utama rakyat negara itu.

Kini, pilihan raya umum akan datang akan hanya diadakan menjelang empat tahun lagi, dan dengan Datuk Anwar baru sahaja merombak Kabinet, beliau telah pun melahirkan iltizamnya untuk memberi tumpuan kepada isu-isu penting demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

Bakal Agong Malaysia, Sultan Ibrahim Iskandar dari Johor, telah pun menggesa agar Datuk Anwar diberi masa untuk membuktikan dirinya dapat memajukan Malaysia memandangkan masa setahun “belum mencukupi untuk merubah negara itu”.

Beliau sendiri percaya bahawa hanya kerajaan yang mantap akan dapat menghasilkan dasar konsisten dan mampan yang diperlukan untuk membaiki ekonomi negara itu.

Datuk Anwar pula telah melahirkan tekadnya untuk membantu Malaysia mencapai potensi penuh ekonominya, yang sekali gus membantu negara itu dalam meningkatkan pendapatan dan menaikkan mutu hidup rakyatnya.

Seperti kata seorang pekerja di Kuala Lumpur, beliau “hanya mahu dapat terus bekerja dan meraih pendapatan tetap, bukan politik yang kacau-bilau. Itu harapan saya, dan juga ramai rakyat negara ini”, katanya ringkas namun penuh bermakna.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >