Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Kerajaan Terengganu timbang laksana hukuman sebat di tempat awam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Kerajaan Terengganu timbang laksana hukuman sebat di tempat awam

Apr 30, 2024 | 01:02 PM



KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu sedang pertimbangkan cadangan pelaksanaan hukuman sebat bagi kesalahan syariah di khalayak atau tempat awam.


Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Dakwah dan Pemerkasaan Syariah negeri, Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi, berkata terdapat beberapa prosedur tertentu perlu diteliti sebelum pelaksanaannya.

Katanya, ketika ini ia tertakluk kepada enakmen sedia ada dan sebarang penambahbaikan akan dibuat dari semasa ke semasa dalam usaha memperkasa pelaksanaan undang-undang syariah Islam di Terengganu.

“Ia dalam proses dan kita akan tengok dari semasa ke semasa. Buat masa sekarang ini, ia akan dilaksanakan di tempat tertutup, di dalam penjara.

“Sebenarnya kalau kita tengok daripada semangat atau roh hukuman ke atas orang yang melakukan jenayah dalam undang-undang jenayah syariah Islam ini, ia mesti dilaksanakan di khalayak ramai cuma ia adalah subjektif.

“Adakah khalayak ramai itu di tengah kawasan umum macam pasar ke masjid atau apa-apa sahaja. Kalau dilaksanakan dalam penjara sendiri pun, sebenarnya disaksikan oleh khalayak tertentu juga.

“Jadi, di atas dasar itu kita laksanakan dahulu apa yang telah tersedia ada. Ada pun untuk kita penambahbaikan, kita akan lihat dari semasa ke semasa,” katanya pada satu majlis di sini pada 29 April, lapor Berita Harian Malaysia.


Sementara itu, Ketua Hakim Syarie Terengganu, Datuk Wan Mohd Zakri Wan Mohd, berkata peruntukan sedia ada memberi kuasa kepada hakim menentukan tempat pelaksanaan hukuman sebat.

Katanya, berdasarkan enakmen sedia ada, hukuman akan dilaksanakan pihak penjara.

“Buat masa ini, apabila hakim tidak menyebut di mana pesalah itu disebat, secara automatiknya pesalah itu akan disebat di dalam penjara sehingga diperintah sebaliknya oleh hakim,” jelasnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >