Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Johor akan wujudkan 100,000 peluang kerja berkemahiran tinggi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Johor akan wujudkan 100,000 peluang kerja berkemahiran tinggi

Apr 23, 2024 | 01:35 PM



JOHOR BAHRU: Zon Ekonomi Khas-Johor-Singapura (JS-SEZ) dijangka menjadi antara satu daripada pelbagai inisiatif program pembangunan di Johor yang akan mewujudkan sehingga 100,000 peluang pekerjaan di negeri itu dalam tempoh beberapa tahun akan datang.


Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata apa yang pasti peluang pekerjaan bakal diwujudkan itu nanti adalah pekerjaan bermutu dan berkemahiran tinggi yang akan membawa pulangan besar serta perkembangan kerjaya positif buat mereka yang terlibat.

“Generasi belia, murid dan pelajar sekolah ketika ini adalah masa depan negeri Johor.

“Sehubungan itu, saya berharap generasi muda negeri ini belajar ilmu dan kemahiran diperlukan untuk menerima manfaat secara langsung daripada pelbagai usaha dilaksanakan kerajaan ketika ini,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Pemimpin Pelajar Antarabangsa Johor (JISLC) 2024 di Johor Bahru, lapor Berita Harian Malaysia.


Menurut Datuk Onn Hafiz, masyarakat di negeri itu tanpa mengira latar belakang dimohon untuk sama-sama menyokong usaha kerajaan, dalam menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030.

“Dalam tempoh dua tahun lalu, sebanyak 55 strategi dan 209 inisiatif dilaksanakan bagi mencapai matlamat itu.

“Hasilnya, Johor merekodkan jumlah pelaburan RM113.7 bilion ($32.4 bilion) dan mewujudkan 35,000 peluang pekerjaan,” ujarnya.

Pada Januari lalu, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Singapura, Encik Lee Hsien Loong, menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MOU) JS-SEZ antara Malaysia dengan Singapura.

MOU itu ditandatangani Menteri Ekonomi, Encik Rafizi Ramli dan rakan sejawatnya, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Singapura, Encik Gan Kim Yong.

Menurut Datuk Anwar, Johor dijangka menjadi negeri termaju di Malaysia menjelang 2026, susulan pelaksanaan dua zon ekonomi dan kewangan khas di negeri ini.

Projek JS-SEZ dan Zon Kewangan Khas Forest City bakal memacu pertumbuhan ekonomi negara menjadi lebih pesat.

JS-SEZ membentangkan peluang ekonomi yang tidak pernah berlaku sebelum ini dengan meningkatkan aliran rentas sempadan membabitkan komuniti dan barangan, memperkukuh ekosistem perniagaan dan meningkatkan daya tarikan ekonomi antara Johor dengan Singapura.

Pada September lalu, Datuk Onn Hafiz dilaporkan berkata penubuhan JS-SEZ akan mengambil contoh usaha pembangunan Zon Ekonomi Shenzhen yang berupaya merekodkan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) mencecah RM1.93 trilion pada 2021.

Pada 25 Ogos 2023 pula, Forest City – projek mega pembangunan bercampur di atas empat pulau buatan di perairan Johor berdekatan Pelabuhan Tanjung Pelepas, diumumkan sebagai Zon Kewangan Khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >