Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Johor bakal guna tren elektrik kelajuan 140km/j akhir 2024

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

MALAYSIA

Johor bakal guna tren elektrik kelajuan 140km/j akhir 2024

Mar 14, 2024 | 02:42 PM



Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik (ETS) Gemas-Johor Bahru membabitkan laluan sepanjang 192 kilometer dijadualkan siap sepenuhnya pada 21 April 2025.

Bagaimanapun Menteri Pengangkutan, Encik Anthony Loke, berkata bahagian infrastruktur jajaran ETS dari Gemas - Johor Bahru dijangka siap pada penghujung 2024.

“Dengan siapnya infrastruktur jajaran landasan kereta api ini, perkhidmatan ETS yang kini beroperasi sehingga ke Stesen Gemas akan dilanjutkan ke Stesen Johor Bahru.

“Kerajaan juga telah membuat perolehan 10 set tren elektrik baru yang dijangka akan digunakan secara berperingkat mulai penghujung 2024 untuk menyokong operasi perkhidmatan ETS di sektor selatan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab Ahli Parlimen Kluang dari Pakatan Harapan (PH), Cik Wong Shu Qi, mengenai jangkaan siapnya Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru pada sesi soalan lisan di Dewan Rakyat pada 14 Mac.

Projek Landasan Berkembar berkenaan akan melalui 11 stesen dengan tren berkuasa 25,000 voltan itu akan bergerak selaju 140 kilometer sejam dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral, Kuala Lumpur ke JB Sentral di Johor Bahru adalah tiga jam 30 minit.

Bagi perjalanan dari stesen Segamat ke JB Sentral pula dianggarkan memakan masa sejam 30 minit.

Perkhidmatan ETS itu sekali gus akan membolehkan Johor Bahru dihubungkan dengan Padang Besar, Perlis, iaitu stesen terakhir ETS di utara Semenanjung Malaysia.

Dalam pada itu, Encik Loke berkata Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) sedang merancang untuk memperkenalkan perkhidmatan KTM Komuter di sektor selatan selaras kemajuan Projek Landasan Berkembar Gemas-Johor Bahru.

Menurut beliau perkhidmatan komuter itu akan membabitkan laluan Gemas - Paloh - Johor Bahru.

“Untuk itu kementerian menerusi Perbadanan Aset Keretapi sedang mengusahakan inisiatif perolehan set tren elektrik baru secara pajakan untuk digunakan bagi perkhidmatan KTM Komuter di sektor selatan kelak,” katanya.

Encik Loke berkata apabila perkhidmatan komuter laluan selatan itu diperkenalkan, lebih banyak hentian dan stesen akan terbabit dengan projek itu.

Dalam perkembangan lain, Encik Loke berkata laporan awal mengenai pelaksanaan semula projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura), sudah dikemukakan MyHSR Corp kepada Kementerian Pengangkutan.

“Kementerian Pengangkutan akan mengemukakan laporan itu kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan.

“Namun, apa yang penting projek ini tidak akan membabitkan suntikan kewangan daripada kerajaan, sebaliknya dibiayai swasta, dan keputusan Kabinet akan menimbangkan implikasi kewangan kepada kerajaan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >