Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Anwar pesan jauhi fitnah, provokasi semasa kempen PRK

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar pesan jauhi fitnah, provokasi semasa kempen PRK

Apr 30, 2024 | 02:20 PM



HULU SELANGOR: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menitipkan pesanan kepada jentera Kerajaan Perpaduan untuk berkempen secara sihat dan menjauhi fitnah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu, Selangor.


Pesanan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau berkata Datuk Anwar yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) berharap agar semua pihak yang berkempen tidak memanipulasi fakta untuk memburukkan pencabar.

“Kita nak elakkan kempen kali ini (jauh daripada) kempen fitnah, kempen yang memburukkan personaliti dan mengambil sikap penyelewengan fakta dan provokasi antara kaum.

“Biarlah kempen ini (dilakukan secara) sihat, ini PRK yang kali pertama (diadakan) pada tahun ini (2024) dan ia berlaku di Selangor,” katanya, lapor Kosmo.


PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PH, Cik Pang Sock Tao, Encik Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional); Cik Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia) dan Cik Nyau Ke Xin (Bebas).

Ia diadakan susulan kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong, 58 tahun, akibat kanser pada 21 Mac lalu.

Mengulas lanjut, Datuk Shamsul Iskandar berkata kerjasama baik yang diwujudkan antara kerajaan negeri dan persekutuan perlu dikekalkan di DUN tersebut.

“Saya harap pengundi Kuala Kubu Bharu tidak mensia-siakan peluang ini. Kita tidak mahu memilih seorang wakil yang akhirnya tidak boleh membuat apa-apa,” jelasnya.

Sementara itu, Cik Pang menegaskan serangan peribadi yang ditujukan kepada dirinya tidak mengganggu perjalanan kempennya setakat ini.

Beliau berkata sebagai anak muda, beliau berhasrat membawa pendekatan politik baru yang memfokuskan tawarannya sebagai calon PRK kepada warga Kuala Kubu Bharu, berbanding menggunakan taktik seumpama itu.

“Paling penting, saya perlu fokus dan tidak boleh lari daripada itu, sebab bagi saya serangan peribadi seperti itu tidak relevan langsung kepada rakyat di sini yang mahukan wakil yang boleh membantu dan berkhidmat kepada mereka.

“Jadi dengan hati yang ikhlas dan iltizam yang tinggi, saya mampu dan yakin boleh membantu penduduk di DUN Kuala Kubu Bharu,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >