Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Anwar mahu noktahkan kemiskinan Kelantan dalam tempoh dua bulan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Anwar mahu noktahkan kemiskinan Kelantan dalam tempoh dua bulan

May 03, 2024 | 01:01 PM



KOTA BHARU: Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mahu menoktahkan baki lebih 1,000 ketua isi rumah (KIR) dalam kategori miskin tegar di Kelantan dalam tempoh dua bulan lagi.


Beliau berkata mahu menoktahkan kemiskinan tegar itu bagi membolehkan mereka membeli makanan dan pakaian.

“Saya minta senarai termasuk dalam kategori miskin tegar dan lebih 1,000 KIR dalam kategori ini. Saya beri tempoh dua bulan untuk menoktahkan perkara ini.

“Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Datuk Azman Ibrahim) kata boleh selesai dalam masa dua bulan,” katanya dalam ucapan pada Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2024 bersama Perdana Menteri di Kota Bharu, Kelantan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau turut berterima kasih kepada Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) kerana kerajaan tidak mahu Kelantan ketinggalan dari Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Pulau Pinang, Perak dan Johor yang dapat menoktahkan kemiskinan tegar pada Mei.

“Saya juga tekankan keperluan untuk membina pusat perniagaan bagi tujuan itu (noktah miskin tegar),” katanya.

Dalam pada itu Datuk Anwar turut mengarahkan supaya pembelian 20 unit pam air bernilai RM20 juta ($5.71 juta) untuk kegunaan di Kelantan disegerakan.

Beliau berkata ia berikutan Kelantan kini berdepan masalah musim kemarau berpanjangan sehingga memerlukan tindakan segera.

Katanya, paip di sungai Kelantan yang disediakan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) tidak mencukupi memandangkan paras air yang semakin menurun akibat kemarau berpanjangan.

“Menteri Besar (Datuk Mohd Nassuruddin Daud) mencadangkan supaya Kerajaan Pusat menyediakan belanja untuk membeli paip baru supaya ia boleh menyedut air untuk kegunaan rakyat dan pertanian.

“Justeru, saya memberi arahan supaya diberikan peruntukan segera RM20 juta kepada Kelantan untuk pembelian pam air,” katanya.

Datuk Anwar juga berkata beliau turut bersetuju dengan Menteri Besar Kelantan supaya mengetepikan perbezaan politik.

“Tidak benar sama sekali kita mengabaikan mana-mana negeri kerana tahun lalu saya berikan jumlah peruntukan yang banyak untuk projek tebatan banjir, bekalan air dan sebagainya.

“Saya juga memberi perhatian dalam pendidikan Islam di Kelantan dan kita akan membina maahad tahfiz baru. Saya akan lakukan sebaiknya supaya Kelantan dapat membangun bersama negeri lain.

“Pergeseran politik yang berterusan tidak akan menguntungkan rakyat. Saya akan pastikan semua rakyat termasuk Kelantan dapat manfaat daripada apa yang kita lakukan,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >