Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kembara
36
0

Percutian impian dengan World Dream

May 10, 2021 | 05:30 AM





BAYANGKAN diri anda duduk di atas dek sebuah kapal sambil menikmati pemandangan laut biru sejernih kristal.



Irama ombak yang menemani pasti membuat seseorang itu seolah-olah dibuai mimpi.





Apabila matahari terbenam, anda duduk di luar kabin sambil menghirup secawan kopi panas disaksikan bulan dan bintang yang berkerlipan indah.



Inilah pengalaman memukau yang boleh dilalui oleh tetamu di atas kapal pelayaran mewah World Dream.



Apakan tidak, tetamu boleh melalui pelbagai pengalaman yang pasti menyentuh semua deria apabila menaiki kapal ini.



Daripada sajian yang disediakan, sehinggalah ke pengalaman menghiburkan, ia sudah pasti sesuai bagi semua lapisan usia.



Yang pasti, tetamu Muslim tidak perlu berasa was-was apabila menaiki kapal ini.







Daripada ruang musollah, selain sajian sehinggalah ke rawatan spa, para tamu dijanjikan pengalaman yang mesra Muslim.



Terdapat juga pelbagai khidmat mesra selain kemudahan gaya hidup yang sesuai bagi semua tetamu.



 



KESELAMATAN DIUTAMAKAN



Bagi memastikan para tamu berasa selamat sepanjang pelayaran, mereka perlu menjalani Ujian Pantas Artigen (ART) dan perlu menunggu sekitar setengah jam untuk mendapatkan keputusannya sebelum dibenarkan menyertai pelayaran itu. 



Tetamu juga perlu berdaftar dengan token atau aplikasi TraceTogether, selain diberi token khas Tracey bagi tujuan menjejak kontak dan memastikan langkah pengurusan selamat dipatuhi sepanjang pelayaran di World Dream.



Selain itu, jumlah tetamu yang dibenarkan menyertai pelayaran hanyalah 50 peratus, untuk memastikan jarak selamat yang mencukupi.



 



BILIK MEWAH





Bilik yang luas dan serba mewah dengan layanan yang eksklusif. Itulah Palace Suite yang dapat memuatkan hingga empat orang tetamu dalam satu bilik.



Para tamu juga boleh menikmati pelbagai kemewahan dalam bilik tersebut, termasuk kain linen yang dibawa masuk khas dari Italy.



Bagi melengkapi pengalaman mewah, bilik Palace Suite juga menyediakan keperluan mandi premium, mesin kopi Nespresso dan selain snek, buah-buahan dan minuman turut disediakan.



Layanan khas istimewa bagi tetamu yang membuat tempahan di “The Palace” akan diberi keutamaan dari saat check-in sehingga check-out dan semasa menjalani pemeriksaan keselamatan.



Malah, mereka juga boleh menikmati kemudahan di lounge VIP semasa di terminal sebelum menaiki kapal, sampai menerima layanan butler sepanjang 24 jam semasa berada di kapal.



 



AKTIVITI MENAKJUBKAN





Terletak di dek yang atas, tetamu yang berani boleh mencabar diri dengan pelbagai permainan air sambil menikmati pemandangan lautan yang luas.



Kapal World Dream turut mempunyai enam gelongsor air di taman tema airnya.





Bagi mereka yang tidak gerun dengan ketinggian, boleh mencuba aktiviti zipline sepanjang 35 meter di atas laut.



Aktiviti memanjat tembok batu merupakan satu lagi kegiatan yang tidak harus ditinggalkan.



Bagi si kecil, mereka juga tidak dilupakan.



Disediakan juga bilik khas Little Dreamers Club bagi si kecil menikmati aktiviti-aktiviti yang cukup seronok dan buat mereka teruja sepanjang hari.



 



SAJIAN





Pelayaran tidak akan lengkap tanpa menikmati sajian sambil dibuai ombak.



Restoran Lido di dek 16 kapal terdapat ruang khas yang menyajikan bufet halal buat semua.





Restoran ini telah menerima pensijilan berdasarkan piawaian Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) SMIIC dari Pembangunan Halal Dunia Bersatu (UNWHD) Disember lalu.



Justeru tidak hairanlah jika World Dream merupakan kapal pelayaran mesra Muslim yang pertama di rantau Asia Pasifik.



 



ACARA BERTEMA



Kapal World Dream belayar tiga kali seminggu – tiga hari dua malam setiap Rabu dan Jumaat serta empat hari tiga malam pada Ahad.



Sempena Syawal ini, anda juga boleh cuba menyertai pelayaran khas Hari Raya Festival at Sea pada 16 dan 23 Mei ini yang akan turut diikuti Cef Selebriti Mel Dean dan Cef Sarah Ariffin.

Mereka akan menunjuk ajar hidangan istimewa buat tetamu.



World Dream turut menawarkan pelbagai acara bertema seperti Amazing Thailand yang sedang berlangsung hingga bulan ini dan seterusnya, Wonders of Japan dari Jun hingga Ogos, Night Festival dari September hingga November dan Nordic Christmas dari November hingga Disember.



Sekiranya berminat, jangan melepaskan peluang untuk membuat tempahan menerusi laman web www.dreamcruiseline.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >