SEDANG sebilangan besar pelancong sibuk berbelanja di kedai-kedai barang berjenama di Oxford Street, Bond Street dan Primark - pusat beli-belah terkenal di kota London - sebahagian lagi termasuk saya sendiri lebih suka berlegar-legar di pasar-pasar di sana.
Cuaca memang sejuk dan hembusan angin cukup menggigilkan, tetapi pasar-pasar di London tetap penuh dengan pengunjung yang kelihatan santai dan hemat berbelanja.