Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Kembara
36
0

Dapat juga rasa telur ikan atau kaviar termahal di dunia

Jul 10, 2023 | 05:31 AM



Setin kecil kaviar atau telur ikan berharga sekitar AS$250 atau $340 cukup membuat mata beliau terbeliak dan mengurut dahi.

Meskipun tidak membelinya, Encik Ismail Abu Bakar, sekurang-kurangnya telah menikmati dua butir kaviar – telur ikan Beluga Sturgeon – yang hanya terdapat di Laut Caspian.

Telur-telur ikan termahal di dunia itu diberikan oleh rakannya, Encik Latip Isnin, seorang peniaga Singapura yang bermastautin di Azerbaijan.

“Telur paling mahal tetapi saya rasa biasa-biasa saja. Namun, setidak-tidaknya saya dah rasa telur ikan yang menjadi kegemaran golongan mewah,” tambahnya.

Menurut beliau, harga kaviar begitu mahal kerana ikan-ikan Beluga Sturgeon hanya bertelur sekali setiap lapan tahun.

Hasil pemeriksaan di Internet mendapati antara manfaat kaviar yang kaya zat Omega 3 itu termasuk mengurangkan masalah sendi tulang; mencegah penurunan fungsi otak seiring peningkatan usia; sekali gus merangsang pembangunan semula sel otak agar semakin sehat; selain meningkatkan fungsi retina mata anak-anak.

Beliau turut tertarik dengan makanan bernama Bagadil di Lahore, Pakistan, yang bunyinya sama seperti bergedel di Singapura tetapi rasanya berbeza kerana diperbuat daripada kentang dan kacang.

“Apabila makan rasanya berbeza... tak seperti bergedel di negara kita. Dah beli saya makan saja,’‘ celahnya sambil tertawa terbahak-bahak.

Encik Ismail juga teringat bagaimana beliau ‘ponteng’ makan nasi selama dua hari di Tbilisi, Georgia, selepas menjamu nasi Afghan yang berlambak dan begitu mengenyangkan.

“Kita perlu berhati-hati naik teksi di Tbilisi kerana sesetengah pemandu teksi suka menipu dengan menambah kosong pada tambang di meternya.

“Ini menyebabkan penumpang terpaksa membayar lebih daripada tambang asal. Sebelum naik, runding harga tambang dan elak pakai meter,’‘ katanya




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >