Budaya bermaafan adalah satu amalan yang sinonim dengan Hari Raya Aidilfitri dan ia menjadi tradisi masyarakat kita di Nusantara.
Sungguhpun ia bukan amalan khusus yang digariskan bagi sambutan Aidilfitri, amalan kunjung mengunjung dan maaf-memaafkan antara satu sama lain – baik antara suami isteri, ibu bapa dan anak-anak, saudara mara mahupun rakan taulan – merupakan satu perkara terpuji dalam Islam tidak kira masa mahupun tempat.