TIDAK lama dahulu, tular sebuah video yang merakamkan kerenah seorang bapa cuba mendodoikan tiga anak kecilnya serentak - seorang didukung di sebelah tangan, seorang ditepuk-tepuk menggunakan tangan yang satu lagi, dan seorang lagi digesel-gesel menggunaan sebelah kakinya.
Klip video itu pendek, namun ia mencuri hati pengguna Internet yang kemudian mencetuskan perbahasan mengenai tanggungjawab seorang bapa.