Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tampil bergaya dengan kaca mata Marc Jacobs

Apr 22, 2024 | 10:11 AM



Kaca mata hitam dengan bingkai plastik dalam rona satu warna dan terang, bingkai kaca mata bentuk empat segi dalam rona satu warna, hitam atau ‘Havana’ atau bingkai kaca mata hitam dengan rim berganda merupakan antara produk kaca mata yang ditawarkan jenama antarabangsa, Marc Jacobs, pada musim bunga atau panas ini.

Koleksi terbaru Marc Jacobs mempunyai kaca mata hitam dan bingkai kaca mata yang mudah dipakai, dihiasi dengan kod jenama unik seperti logo besar Marc Jacobs, butiran cermin JJ dan corak monogram utamanya yang ditawarkan dalam rona hitam, ‘Havana’ dan rona terang.

Rangkaian koleksi terkini itu dilancarkan dalam satu kempen produk kaca mata dan kaca mata hitam Marc Jacobs bagi musim bunga dan panas.

Gambar bagi kempen itu diambil di tempat sofistikated di London dan memaparkan beberapa model yang memperagakan produk tersebut dengan gaya menarik.

Misalnya, kaca mata hitam siri Marc 738/S mempunyai bingkai plastik dan logo besar Marc Jacobs, manakala bingkai kaca mata siri MJ1100 menawarkan bingkai bentuk empat persegi yang dihiasi dengan butiran cermin.

Buat jejaka, kaca mata hitam siri Marc 747/S menampilkan ciri maskulin dengan butiran logam berganda dan logo Marc Jacobs.

Produk kaca mata atau kaca mata hitam Marc Jacobs boleh didapati di kedai kaca mata terkemuka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >