Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rusdi Ramli tidak akan kongsi kisah rumah tangga

Apr 30, 2024 | 09:26 PM



Pelakon dan pengarah, Rusdi Ramli, memilih untuk tidak berkongsi kehidupan peribadi dan kisah rumah tangganya.

Beliau lebih selesa membiarkan persoalan berhubung status rumah tangga bersama komposer terkenal, Sharon Paul, mencetuskan tanda tanya.

Menurut laporan laman web, BH Online, Rusdi menepis tanggapan ramai bahawa artis milik masyarakat.

“Kalau dahulu, kita ditanam, artis ini hak masyarakat. Sejak mula berkecimpung, saya tak pernah percaya atau berpegang bahawa artis milik masyarakat.

“Bagi saya, kerja pelakon atau artis itu sahaja jadi hak masyarakat. Tetapi, soal peribadi tetap hak kami.

“Tak adil sebab kami pun manusia. Kalau bidang lain seperti arkitek, bila bangunan dibina runtuh, tak ada orang bertanya siapa isterinya.

“Jadi, kenapa kami pun tidak begitu? Jadi, jika hasil kerja buruk, hentamlah. Tapi, kalau soal peribadi, biarlah jadi hak kami.

“Kalau tidak, tiada apa yang boleh disimpan untuk diri sendiri. Daripada penjelasan ini, biarlah saya simpan soal peribadi saya.

“Saya berterima kasih jika difahami,” katanya ketika ditemui semasa sidang media drama bersiri, Framed, di Dadi Cinema, Pavilion, baru-baru ini.


Menurut Rusdi, beliau lebih selesa menjaga privasi kerana berpendapat apabila terlalu banyak perkongsian kisah peribadi akan lebih banyak kerugian kepada banyak pihak.

“Sebab saya percaya, kadang-kadang apabila terlalu terbuka sampai cerita peribadi pun nak diberitahu, akhirnya bukan sahaja tak menguntungkan, malah memudaratkan banyak pihak.

“Kenapa nak buat semua benda ini, sedangkan boleh elak?” katanya.

Bagaimanapun, Rusdi berkata beliau menghormati pilihan dan keputusan sesetengah artis lain yang selesa berkongsi kehidupan peribadi. Tetapi tidak bagi dirinya.

“Itu hak masing-masing. Sesetengah orang tak kisah. Kadang-kadang, mungkin mereka suka cerita keluar setiap hari. Kalau tidak, tak adalah cerita.

“Saya pula lebih baik saya diam daripada bercerita benda yang tiada. Hari ini, saya datang sebab drama.

“Kalau tak, saya tiadalah. Jadi, adalah sebab saya ada di khalayak sebegini, sebab kerja.

“Bahkan, kalau acara yang saya tak terbabit, saya takkan pergi. Tak diundangkan.

“Berapa banyak festival filem yang saya tak dijemput dan tak ada di festival filem itu,” katanya.

Sebelum ini, rumah tangga Rusdi yang dibina bersama Sharon dikhabarkan bagai retak menanti belah.

Sharon menerusi satu temu bual mengaku bertahan dalam perkahwinan dengan Rusdi kerana anak-anak.

Rusdi, 54 tahun, dan Sharon, 47 tahun, berkahwin pada 2008.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Reo Ridza, 15 tahun, dan Ryan Ridza, 12 tahun.

Dalam perkahwinan awalnya, Rusdi memiliki cahaya mata lelaki, Efiezal Ridza, 33 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >