Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Rumah Terbuka Raya rai makanan tradisional, muzik asli

Apr 25, 2024 | 10:59 AM



Festival Raya AidilFEASTri 2024

Mari menyambut Lebaran bersama Taman Warisan Melayu (MHC) dalam edisi istimewa Rumah Terbuka, Festival Raya AidilFEASTri 2024, yang akan diadakan di Pusat Warisan India (IHC) buat julung-julung kalinya.

Bertemakan makanan, Rumah Terbuka itu akan berlangsung pada 27 dan 28 April.

Senarai program di acara Rumah Terbuka itu padat dengan kegiatan dan pameran yang memaparkan tradisi kulinari dan amalan warisan kebudayaan berkenaan Hari Raya.

Lihat replika makanan besar yang memaparkan hidangan utama Hari Raya seperti sayur lodeh, beriani daging dan aneka jenis kuih; sertai demonstrasi memasak bersama finalis MasterChef Singapura, Cef Ilya Nur Fadhly, dan ikuti bengkel membuat teh tarik bersama Tarik SG!

Edisi istimewa Rumah Terbuka ini juga menawarkan program yang menerokai pengaruh dan persamaan antara budaya Melayu dengan India seperti program Rasa Warisan (Taste of Heritage): Nasi Tomato, Ayam Bakar dan Bergedel serta Soto Pani Puri bersama Chef Ilya dan Benang Perpaduan: Membongkar Tradisi Tekstil Kongsi Antara India dengan Nusantara (Threads of Unity: Unravelling Shared Textile Traditions Between India and the Nusantara).


Berhibur juga dengan persembahan lagu-lagu Raya yang diiringi dengan persembahan instrumen tradisional.


Layari https://malayheritagecentre.peatix.com/ untuk mendaftar bagi program yang diadakan, dan dapatkan maklumat lanjut menerusi laman Facebook dan Instagram MHC (@malayheritage).


Tarikh: 27 dan 28 April


Waktu: Mulai 10 pagi


Tempat: Pusat Warisan India, 5 Campbell Lane, Singapura 209924


Muzikita – Edisi Hari Raya

Sertai sambutan Lebaran di Wisma Geylang Serai melalui acara Muzikita.


Pada hujung minggu ini, pengunjung bakal terhibur dengan persembahan Nobat Kota Singa dan Mansoor Quartet yang bakal memeriahkan suasana Hari Raya dengan irama dan melodi rancak.

Nobat Kota Singa dan Mansoor Quartet merupakan kumpulan yang mempersembahkan muzik tradisional dan asli.

Tarikh: 27 dan 28 April


Waktu: 3 hingga 4.30 petang


Tempat: Persada Budaya, Tingkat 1, Wisma Geylang Serai, 1 Engku Aman Turn, Singapura 408528


Masuk percuma.

ACM Adventures: Totally Turtle


Binatang apakah yang ada cangkerang keras dan boleh berada di darat dan air?

Kunjungi Galeri Seni Islam di Muzium Tamadun Asia dan lihat jika anda boleh mengenal pasti binatang yang dipamerkan itu.

Binatang yang dimaksudkan itu adalah penyu dan anda berpeluang melihat aneka perkara menarik tentang penyu selain menikmati persembahan drama dan sesi bercerita berkenaan penyu di galeri.

Tarikh: 28 April


Waktu: 11 pagi hingga 3 petang


Tempat: Muzium Tamadun Asia, 1 Empress Place, Singapura 179555


Masuk percuma bagi kebanyakan program di Muzium Tamadun Asia.

Aksi Kucing Angkasa Kitz

Ayuh, temui maskot Kucing Angkasa dari NYASA bernama Kitz yang akan berkonsi kisah perjalanannya di angkasa dalam filem, Kitz the Cat’s Supermoon Adventure, di Omni Theatre, Pusat Sains Singapura.


Pengunjung juga berpeluang mengambil gambar bersama Kitz di acara itu.

Layari https://www.gevme.com/scsonlinetickets untuk mendapatkan tiket.


Tarikh: 27 April


Waktu: 10 pagi hingga 6 petang


Tempat: Omni Theatre, Pusat Sains Singapura, 21 Jurong Town Hall Road, Singapura 609433


Harga: $14




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >