Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Ruhainies buka buku baru, mahu temui Bella dan Sarah Yasmine

Apr 26, 2024 | 04:53 PM



Selepas melalui bermacam episod, pelakon Ruhainies akhirnya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Bella Astillah atas kemelut yang berlaku.

Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Fareha Zainul Ilyas, 32 tahun, juga meluahkan hasrat ingin bersemuka dengan isteri penyanyi dan pelakon asal Singapura, Aliff Aziz itu, bagi menyelesaikan kekecohan yang terjadi sejak dirinya dan Aliff ditangkap khalwat pada 9 Mac.

“Saya memilih berdiam diri bukan mahu mengiakan atau menidakkan tetapi dengan niat untuk mengelakkan pergaduhan dalam media sosial dan memanjangkan perkara ini.

“Dengan rendah hati saya seikhlasnya memohon maaf kepada Bella Astillah atas segala-gala yang berlaku.

“Saya berhasrat mahu berjumpa awak untuk bersihkan segalanya. Jadi, kita dapat tutup buku dan bergerak ke hadapan serta gembira kembali,” katanya menerusi hantaran Instagram Story pada pagi 26 April, lapor laman web, Kosmo! Online.

Dalam masa sama, pelakon drama, Hello, Mr. Perfect!, itu turut berharap pertemuan empat mata bersama Bella dapat disertai Sarah Yasmine yang mendedahkan dirinya sebagai kekasih gelap Aliff bagi melancarkan lagi proses menyelesaikan masalah.


Saya juga seikhlasnya memohon maaf kepada semua yang terkait dan terkesan dengan isu membabitkan saya sepanjang tempoh ini.


“Saya juga secara ikhlas ingin mengundang Sarah Yasmine untuk menyertai kami, jadi kita dapat ‘bersihkan’ dan selesaikan semuanya.

“Saya sangat berharap Bella Astillah dan Sarah Yasmine akan benarkan saya mengambil peluang berjumpa dengan mereka,” ujarnya lagi.

Sedar akan kekhilafannya, Ruhainies tidak henti-henti meluahkan permohonan maaf kepada semua yang turut terkesan.


“Sejujurnya, dengan setinggi-tinggi kemaafan, saya mohon maaf sekali lagi atas segala yang telah berlaku,” tambah Ruhainies.


Pada 22 April, nama Sarah menjadi sebutan ramai selepas beliau mengaku sebagai kekasih gelap Aliff, yang juga juara Gegar Vaganza 8 (GV8).


Sarah membuat pengakuan terbuka menerusi Instagram kerana tidak tahan melihat Aliff dikecam susulan kes tangkap khalwat dengan Ruhainies.

Sarah dalam hantaran Instagramnya bagaimanapun berkata beliau enggan bertemu dengan Ruhainies.

Selain mengaku sebagai kekasih Aliff, wanita asal Singapura itu juga berkongsi beberapa paparan skrin perbualan romantis antara ‘NRF’ yang dipercayai singkatan nama Ruhainies dengan Aliff.


Aduhai, semakin berbelit-belit kisah Aliff ini. Selepas dikatakan curang 11 kali oleh Bella, tak pasti Sarah ni yang ke berapa?

Harap isu ini akan terhenti sebab ada banyak lagi isu penting untuk warganet fikir-fikirkan tentang dunia hiburan Nusantara.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >