Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

‘Rapper’ Moonbyul mahu tonjol bakat vokal dalam album solo

Feb 21, 2024 | 03:08 PM



Sebagai seorang artis, penyanyi rap Korea, Moonbyul, daripada kumpulan K-Pop, Mamamoo, sering berusaha untuk keluar dari zon selesa.

Beliau yang kini berusia 31 tahun, mengimpikan untuk dapat menjadi artis yang lebih baik dan berkesan dalam mendekati peminatnya pada satu hari nanti.

Untuk merealisasikan impiannya itu, beliau berusaha keras mengasah kemahiran vokal di samping mengikuti kelas menari secara formal.

Sebagaimana jelasnya dalam laman web, The Korea Herald, baru-baru ini:

“Saya bertuah membangun kerjaya dalam industri hiburan sebagai penyanyi yang aktif selama 10 tahun.

“Bagaimanapun, bagi mengecapi cita-cita untuk menjadi artis yang lebih baik, saya berhasrat mencuba sesuatu di luar keterbatasan saya atau di luar zon selesa saya.

“Sebagai anggota Mamamoo, sebuah kumpulan yang terdiri daripada vokalis berbakat, saya tidak dapat menonjolkan identiti vokal saya sendiri sebab tugas saya dalam kumpulan itu hanyalah sebagai seorang ‘rapper’.

“Jika anda mendengar keratan lagu dalam album solo saya, saya ingin anda mengenali Moonbyul yang sebenar, yang tidak hanya pandai lontar lirik lagu rap tetapi bagus dalam nyanyian juga.”

Moonbyul telah mengeluarkan album solo pertamanya, Starlit of Muse, pada 13 Februari.


Album itu mengandungi 12 lagu dengan dua lagu dijangka memasuki carta, Think About dan Touchin&Movin.


“Saya mengisi album saya ini dengan pelbagai genre memandangkan saya rasakan album studio mestilah sesuatu yang seronok didengar dari awal hingga akhir.

“Saya bahkan mencari penggubah lagu yang saya ingin jalinkan kerjasama bagi album ini. Saya meminta mereka berikan lagu mereka yang terbaik,” jelas Moonbyul.

Lagu utama yang ingin dipromosikan ialah, Think About, lagu punk pop yang dihasilkan pengasas syarikat hiburan utama di Korea Selatan, RBW, Kim Do-hoon, atas permintaan Moonbyul.


Touchin&Movin pula adalah lagu disko yang dicipta dengan bunyi petikan gitar rancak dan tiupan trompet.


Moonbyul turut menggubah dan menulis lirik bagi lagu, Like A Fool dan After Sunset.


“Saya menghasilkan irama, After Sunset, tiga tahun lalu. Saya ingin sertakan lagu ini dalam album solo saya ini kerana pesanan yang tersirat dalam lagu ini.


“Ia mengisahkan tentang seorang wanita yang terfikir sama ada bekas kekasihnya merinduinya sedalam dia merindui jejaka itu setiap kali matahari terbenam.

Like A Fool pula dihasilkan sewaktu saya memikirkan tentang peminat saya. Saya selalu tertanya-tanya tentang kehidupan peribadi mereka hari demi hari.


“Perasaan itu saya selitkan dalam lagu ini untuk memberitahu mereka betapa saya rasa paling bahagia apabila bersama mereka,” tambah Moonbyul.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >