Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Pengarah ‘A Shop for Killers’ pilih Lee Dong-wook jadi pedagang senjata

Feb 06, 2024 | 03:39 PM



Lee Dong-wook, pelakon yang digemari ramai di Korea Selatan dan terkenal kerana peranannya dalam drama The Tale of the Nine-Tailed dan Guardian: The Lonely and Great God, kini dilibatkan dalam siri drama baru.


Siri drama karya asli untuk wadah penstriman Disney+ itu berjudul A Shop for Killers. Ia sarat aksi dan menampilkan Lee, 42 tahun, sebagai Jung Jin-man, bekas tentera yang diupah untuk berdagang senjata.


Dalam siri yang dipadankan daripada sebuah novel dengan tajuk serupa, Lee berlakon bersama Kim Hye-jun, 28 tahun, yang menjadi anak saudaranya, Jung Ji-an.

Kehidupan Ji-an tiba-tiba berubah apabila Jin-man meninggal dunia secara tiba-tiba.







Menurut laman L’Officiel, pada 15 Januari lalu, barisan pelakon A Shop for Killers mengadakan sidang akhbar untuk memperkenalkan siri akan datang itu.


Sidang akhbar A Shop for Killers turut dihadiri barisan pelakon utama termasuk Lee Dong-wook, Kim Hye-jun, Seo Hyun-woo, Jo Han-sun, Geum Hae-na, dan Park Ji-bin serta pengarah rancangan tersebut, Lee Kwon.


Lee Kwon berkongsi sebab di sebalik pemilihan Lee Dong-wook sebagai pelakon utama drama ini.

“Watak Jung Jin-man dalam novel sebenarnya merupakan seorang lelaki yang bertubuh gempal dan botak. Namun, sukar mencari pelakon seperti itu dari segi penampilan.

“Berlainan daripada novel, dalam drama ini, kami ingin memaparkan kisah silam Jung Jin-man.

“Jadi, saya mahukan pelakon tampan, berani dan mempunyai semangat pertempuran untuk watak Jin-man. Saya juga mahu watak itu mempunyai sikap yang sangat dingin. Jadi saya berpendapat bahawa Dong-wook antara pilihan yang paling sempurna,” kongsinya.

“Dalam siri aksi ini, Jung Jin-man dan Jung Ji-an merupakan sepasang bapa dan anak saudara perempuan yang kehidupannya kian berkait rapat apabila watak Lee Dong-wook kembali bersatu dengan keluarganya,” jelas Lee Kwon.

Apabila ditanya mengenai keserasian antaranya dengan Kim, Lee berkata:

“Dalam drama ini, kami berdua memainkan peranan sebagai sepasang bapa dan anak saudara perempuan tetapi di belakang tabir penggambaran, kami merupakan rakan yang sangat rapat dan berasa selesa dengan satu sama lain.

“Ada kalanya di lokasi penggambaran, saya serba kekok dan Hye-jun sentiasa menjaga saya dengan penuh tenaga. Dia banyak membantu saya semasa penggambaran.’”







Mengulas komen Lee, Kim akur mengambil masa untuk menghargai ikatan mereka.

“Saya banyak bergantung pada Dong-wook. Apabila saya menghadiri akademi aksi (sebagai persediaan untuk watak saya), saya mengalami tempoh yang sangat sukar dan saya rasa tiada sesiapa di sana yang benar-benar berada di pihak saya.

“Namun, Dong-wook memberi semangat kepada saya untuk melakukan yang terbaik. Itu adalah detik peribadi yang menenangkan hati saya. Justeru, saya amat terharu dengan komennya itu.”

Enam episod pertama siri drama A Shop for Killers kini boleh ditonton di Disney+.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >