Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Nora Danish akui rumah tangga bergolak, 3 bulan tidak sebumbung

Apr 30, 2024 | 09:39 PM



Pelakon Nora Danish mengakui bahtera perkahwinannya dengan Nedim Nazri yang dibina sejak 2017 itu kini sedang dilanda badai.

Menurutnya, mereka berdua kini sedang berada dalam fasa ‘pemulihan’.

Pasangan itu sedang berusaha menangani masalah yang berlaku di antara mereka secara matang, lapor Berita Harian Malaysia.


Menurut Nora, beliau dan Nedim juga sudah tidak sebumbung sejak tiga bulan lalu dan kini menetap di rumah keluarga masing-masing.

“Kita manusia biasa, tidak lari daripada kesilapan. Tujuh tahun berkahwin, memang ada pergolakan tetapi kami cuba tangani sebaik mungkin.

“Buat masa ini, lebih baik tinggal berasingan di rumah keluarga masing-masing. Perkahwinan kadang-kadang perlukan ruang, itu lumrah.

“Bagaimanapun setiap hari kami akan berjumpa malah baru pulang bercuti baru-baru ini,” kata Nora.

Bagaimanapun, pelakon yang terkenal menerusi sitkom, Puteri, itu menegaskan bahawa pergolakan rumah tangganya tiada kaitan dengan campur tangan orang ketiga.


Malah beliau dan Nedim tidak berfikir tentang soal penceraian yang disifatkan sebagai jalan terakhir.

Sebaliknya, mereka menyerahkannya kepada ketentuan Allah.

“Apa yang berlaku, tiada kena-mengena dengan orang ketiga, lebih kepada persefahaman masing-masing. Rumah tangga mana tiada masalah.”

“Penceraian adalah jalan terakhir. Apa juga keputusan, saya harap yang terbaik untuk kami berdua dan anak-anak,” tambahnya.

Sebelum ini, terdapat khabar angin tentang pergolakan rumah tangga Nora dan Nedim selepas mereka tidak berkongsi gambar sambut Hari Raya secara bersama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >