Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Tak adil tuduh artis S’pura bermasalah: Penyanyi Sabhi Saddi

Mar 22, 2024 | 11:19 AM



KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura, Sabhi Saddi, tidak terkesan dengan dakwaan artis dari seberang tambak bermasalah.

Bagi Sabhi, beliau berada dalam industri hiburan Malaysia untuk mencari rezeki, jadi tidak adil memberikan gambaran tidak baik.

Sabhi berkata orang ramai tidak boleh menyalahkan rakan senegaranya, Aliff Aziz, dan terus menjatuhkan hukuman susulan kontroversi ‘tangkap basah’ pelakon itu bersama pelakon Ruhainies.

“Kalau nak tanya sebagai rakan senegara, saya tidak terkesan. Saya tidak mahu menyalahkan sesiapa atau menuding jari kepada sesiapa sebab kita juga tidak tahu apa yang berlaku.

“Saya percaya kita juga tak boleh salahkan Aliff sebab ia mungkin sebahagian ujiannya.

“Biarpun seorang yang beriman, kalau tak menjaga, ia juga akan goyah.

“Kita manusia biasa tetap akan melakukan kesalahan dan saya tidak boleh menafikan apa yang berlaku adalah salah.

“Namun, kesalahan tidak boleh diletakkan sepenuh ke atas Aliff. Ini juga ujian untuk semua orang sebenarnya,” katanya kepada BH Online (Malaysia).


Sabhi mengakui apa yang berlaku sedikit sebanyak memberi kesan, lebih lagi pelakon yang sudah berkahwin sepertinya.

“Namun, ia tetap berbalik kepada rezeki masing-masing. Tak adil suruh kami pulang ke Singapura hanya sebab kejadian ini,” katanya.

Bekas peserta program realiti Famili Duo itu berkata beliau menghargai setiap peluang dan rezekinya di Malaysia.


“Jadi, saya cuba menjaga sebaik-baiknya untuk tidak terpalit dengan kontroversi yang boleh menjejaskan nama.

“Kalau suruh kami pulang ke Singapura, tetapi rezeki kami di Malaysia, nak tutup macam mana?

“Untuk menutup rezeki orang bukan kerja kita, jadi berserah kepada Allah.

“Bagi saya, tak baiklah nak berkata sedemikian sebab kita semua manusia. Secara peribadi, saya tengok Aliff seorang lelaki yang baik dan kami pernah bertemu ketika saya dan Bella Astillah menyertai program realiti Famili Duo.


“Kami semua peserta rapat ketika dalam program ini. Tapi, sebagai manusia, iman kena asah, walaupun keluar 30 hingga 40 hari berdakwah sekalipun, iman tetap naik dan turun.

“Saya juga pernah melalui fasa muda, tapi saya tak boleh cakap lebih sebab saya pun tiada dalam keadaan Aliff dan saya juga perlu menjaga hati semua,” katanya.

Mempunyai pendapatnya tersendiri atas apa yang berlaku terhadap Aliff, Sabhi berkata pihak wanita yang berkaitan juga mungkin ada silap.

“Kalau wanita tidak memberi ruang, lelaki tidak akan dapat. Percayalah cakap saya.

“Walaupun wanita itu sendiri mempunyai prinsip. Jadi, kita tidak boleh menyalahkan Aliff seorang kerana saya lelaki, jadi faham situasi berlaku.

“Kalau ada wanita di depan, mungkin saya cakap tak nak. Tapi, kalau wanita itu memberi, saya mesti fikir mengapa tak mencuba.

“Tapi, lelaki tidak akan kalah dengan wanita kalau simpan prinsip bahawa diri sudah berkahwin, memiliki anak-anak dan seumpamanya.

“Kalau kekal dengan prinsip, saya pasti sukar nak terjerumus,” katanya.

Justeru itu, Sabhi berkata beliau akan meletakkan hubungan mereka sebagai adik-beradik setiap kali bergandingan dengan pelakon wanita.

“Apa yang dilakukan untuk mendapatkan keserasian hanya berlandaskan hubungan adik-beradik.

“Saya pernah bergandingan dengan Datin Atikah Suhaime, malah pernah hantar pulang ke rumah, tapi tiada apa-apa terjadi.

“Sebab saya letakkan ‘mindset’ kami adik-beradik dan mempunyai keluarga. Jadi, kena jaga dan meletakkan jurang dengan pelakon wanita.

“Isteri juga tahu saya habis ‘shooting’ jam 3 atau 4 pagi dan saya tidak melencong ke lain. Selesai kerja terus balik. Sebab itulah juga sampai sekarang saya tiada gosip, Alhamdulillah mungkin Allah tak buka aib.

“Saya juga berdoa agar Allah jauhkan saya daripada kontroversi. Namun, saya lebih berhati-hati sebab sekarang semuanya di hujung jari, kita tak boleh nak sorok,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >