Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Puteri Sarah tak merokok, hanya ‘main-main’ hisap vape

Jan 26, 2024 | 10:53 AM



KUALA LUMPUR: Peminat Puteri Sarah Liyana kecewa melihat pelakon itu menyedut rokok elektronik (vape) ketika muncul dalam satu siaran secara langsung di TikTok.

Video yang tular itu menunjukkan Puteri Sarah menghisap vape beberapa kali dan menghembus asap pada skrin telefon semasa membuat ‘live’ di TikTok bersembang mengenai isu pecah amanah.

Menyedari aksi itu menimbulkan perasaan kurang senang peminat, Puteri Sarah dan pembantu peribadinya yang dikenali sebagai Acu kemudian tampil membuat penjelasan, lapor BH Online (Malaysia).


Acu berkata vape yang digunakan Puteri Sarah itu adalah miliknya, dan beliau memohon maaf tidak sengaja menghulurkannya kepada pelakon itu.

“Tadi Puteri Sarah bising-bising, jadi saya pun hulurkan vape ini. Saya minta maaf sangat-sangat sebab berikan benda ini.

“Vape ini tiada nikotin pun. Lepas ini, saya takkan babitkan Puteri Sarah lagi,” katanya.

Puteri Sarah juga berkata vape itu tidak mengandungi nikotin, hanya perisa guava.

Beliau juga meminta peminat supaya jangan merisaukannya.

Sementara itu, menurut seorang kawan baik Puteri Sarah, yang berkata beliau mengenali pelakon itu sejak dua cahaya matanya, Syaikhul Islam dan Sumayyah, kecil, pelakon itu dan Acu hanya bergurau.

Wanita yang dikenali sebagai Linda itu berkata sepanjang mengenali Puteri Sarah beliau tidak pernah lagi nampak pelakon itu merokok.

“Itu main gurau-gurau. Mereka bergurau memang macam pelik sikit. Saya sahkan yang vape kuning itu memang Acu punya,” katanya.

Linda meminta netizen tidak membesarkan isu itu kerana mendakwa ia tidak benar sama sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >