Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Hiburan
39
0

Dharma Harun Al-Rashid hilang memori, sukar bertutur

Hero Adik Manja masih terima undangan berlakon tetapi terpaksa tolak
Feb 16, 2024 | 10:21 AM



KUALA LUMPUR: Seniman popular era 1980-an, Dharma Harun Al-Rashid, masih mengalami beberapa kesan sampingan, seperti kesukaran bertutur dan mengingati sesuatu, dan menghidap asma selepas diserang angin ahmar pada 2019.

Justeru, Dharma, 68 tahun, berkata beliau masih perlu mengambil ubat dan melakukan latihan untuk menguatkan ingatan seperti yang disarankan oleh doktor.

“Sekarang saya susah hendak ingat apa-apa. Kadang-kadang, saya tahu perkara itu, tapi hendak cakap itu yang susah.

“Jadi, untuk karier seni, saya memang tak boleh hendak mengarah atau berlakon. Saya hanya perlu ikut sahaja apa diarahkan dan berusaha untuk ingat sesuatu.

“Doktor juga nasihatkan saya untuk paksa dan buat latihan untuk memori saya. Disebabkan itu, saya tengok semula filem-filem lama,” katanya kepada BH Online (Malaysia).


Dharma, yang muncul di layar perak buat kali pertama menerusi filem Adik Manja pada 1980, berkata beliau masih menerima tawaran lakonan, namun terpaksa menolaknya disebabkan kesihatannya tidak mengizinkan.


“Penerbit seperti Datuk Yusof Haslam dan Richard Ung ada panggil untuk berlakon, tapi saya terpaksa tolak sebab tak boleh berdiri lama dan pinggang juga tak berapa kuat.

“Tapi, kalau ada watak yang sesuai dan mampu untuk dijayakan, mungkin saya akan ambil sebab jiwa masih lagi dalam bidang lakonan.

“Seingat saya, kali terakhir berlakon lebih 10 tahun lalu,” katanya ditemui dalam program Ziarah Madani bersama Setiausaha Politik Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu Encik Ahmad Farhan Fauzi, di kediamannya di Wangsa Maju, di sini, pada 15 Februari.


Semasa program itu, Dharma menitiskan air mata sebaik apabila menerima kunjungan daripada wakil Perdana Menteri itu.

Dharma kini tinggal bersama dua anaknya, Siti Qurratu Aini, 36 tahun, dan Muhammad Al Syafiq Mohamad Azman, 35 tahun, yang sedang melanjutkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >