Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

$35,000 hasil kutipan buku ‘Nama saya Riz, Saya ada penyakit Motor Neuron’ disalurkan ke LBKM

Dermasiswa Riz Sunawan bantu pelajar bidang media

Jun 16, 2023 | 04:31 PM



Cita-cita Allahyarham Riz Sunawan sebelum meninggal dunia ialah melawat perpustakaan di sekitar Singapura dan membacakan buku ‘I am Riz, Saya ada penyakit Motor Neuron’ kepada kanak-kanak melalui alat perantinya, Tobii. 

Buku terbitan Helang Books itu laris terjual dalam masa empat hari setelah pelancarannya pada Disember 2022. 

Namun hasrat mulia Allahyarham tidak kesampaian apabila beliau menghembuskan nafas terakhir pada pagi 8 Februari lalu setelah lima tahun melawan Penyakit Motor Neuron (MND) yang tiada penawarnya.

“Niatnya ialah untuk memberi perangsang dan motivasi kepada mereka supaya tidak berputus asa dan cekal menghadapi cabaran,” kata Cik Hidayah Amin, penerbit buku yang dilancarkan pada Disember 2022 itu.

Ia juga satu cara untuk Riz melihat ke depan dan memberinya perangsang untuk terus berjuang, tambah Cik Hidayah lagi.

Malangnya, impiannya tidak kesampaian.

Sejak awal lagi, mantan pengacara dan pembaca berita itu juga telah menyuarakan hasrat menderma sebahagian daripada dana penjualan buku untuk Persatuan Penyakit Neuron Motor Singapura (MNDa) yang ditubuhkannya bersama. Daripada hasil penjualan buku, $12,950 telah didermakan kepada persatuan itu. 

Bakinya, yang diperuntukkan untuk kegunaan menampung kos perubatannya, telah disalurkan ke Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) untuk diagihkan kepada pelajar-pelajar jurusan Kewartawanan atau Media khasnya.  

Jumlah kutipan penjualan buku keseluruhannya ialah $47,950 dan LBKM telah menerima $35,000 daripada jumlah itu. 

“Oleh kerana penjualan buku I am Riz sangat laris, kami terpaksa membuat cetakan kedua empat hari selepas pelancaran buku.


“Sewaktu perbincangan tentang pembahagian harta beberapa hari sebelum Riz meninggal dunia, saya sarankan baki wang daripada penjualan buku disalurkan ke LBKM dan Riz bersetuju kerana ia akan memanfaatkan pelajar-pelajar bidang media, jurusan yang pernah diambilnya satu ketika dulu,” jelas Cik Hidayah yang juga merupakan penerima biasiswa dari LKBM sewaktu beliau seorang pelajar.

Encik Muhammad Harmizan Abdul Hamid, Pengarah Eksekutif LBKM yang menerima sumbangan itu, berkata: “Sumbangan itu akan diagihkan untuk dana dermasiswa Riz Sunawan yang ditubuhkan Allahyarham, dan dana itu datangnya daripada penjualan buku.

“Setiap tahun kami akan mengagihkan dua dermasiswa kepada pelajar Media, termasuk bidang kewartawanan dan meliputi juga bidang Sains Sosial.” 

Buku ‘Nama Saya Riz, Saya ada Penyakit Motor Neuron’ itu ialah satu kolaborasi bersama penulis Cik Hidayah Amin dan pelukisnya, Encik Khairudin Saharom, sebagai satu projek untuk menjana dana bagi membantu menampung kos perubatan Riz.


Bahkan, penjual-penjual buku juga bersatu hati dan bersetuju tidak mengambil komisyen untuk cetakan pertama itu. 

“Dua dermasiswa akan diberikan setiap tahun sehingga dana terpakai habis, dan menurut penerbit buku Helang Books, jika ada lagi kutipan dari penjualan buku, ia juga akan diberikan kepada LBKM untuk perpanjangkan dana dermasiswa itu,” tambah Encik Harmizan lagi. 

Ditubuhkan sejak 1966, kini LBKM telah mengagihkan sejumlah $1.7 juta setiap tahun kepada lebih 1,500 pelajar di Singapura dalam bidang sekular dan ukhrawi. 

Menurut Encik Harmizan, dana LBKM diterima daripada pelbagai pihak dari segi derma daripada badan-badan korporat, masjid, gereja, kuil dan juga individu-individu yang menyumbangkan derma dan zakat mereka kepada LBKM. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >