Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Dakwaan Syamsul-Ira cerai: Ibu bapa enggan ambil tahu

Oct 31, 2023 | 03:34 PM



Ibu kepada pengarah sensasi, Syamsul Yusof, iaitu Datin Patimah Ismail enggan mengambil tahu mengenai gosip yang mengaitkan anak sulungnya itu sudah berpisah dengan pempengaruh, Ira Kazar.

Datin Patimah ketika dihubungi akhbar Harian Metro berkata beliau hanya menganggap pelakon, Puteri Sarah Liyana, sebagai satu-satunya menantu menerusi perkahwinan dengan Syamsul sebelum ini.


“Saya tak ambil tahu. Apa yang saya tahu menantu saya adalah Puteri Sarah Liyana, tapi mereka sudah berpisah. Apa yang berlaku seterusnya saya tidak tahu. Bagi saya itu ‘isteri tidak berdaftar’ jadi saya tiada komen,” ujarnya.

Terdahulu, nama Syamsul dan Ira dipetik oleh warganet selepas tular gosip seorang pengarah terkenal menceraikan isterinya menerusi aplikasi WhatsApp dan dihalau keluar rumah.

Dalam pada itu, Datin Patimah enggan memanjangkan kenyataan yang dikeluarkan suaminya yang juga penerbit terkenal Datuk Yusof Haslam mengenai anak sulungnya yang sudah lama tidak pulang ke rumah berjumpa orang tuanya.

“Betullah apa yang suami saya cakap, tapi saya tak nak ungkit lagi. Saya tak nak rosakkan nama Syamsul lagi. Jadi saya tiada komen mengenai pertanyaan ini,” katanya.

Pada Ahad, Datuk Yusof menerusi satu temu bual bersama media, mengalirkan air mata apabila mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah.

Beliau turut mengingatkan anaknya agar jangan menunggu sehingga orang tuanya sudah tiada, barulah beliau mahu mencari mereka.

Sementara itu, bapa Ira, Kazar Saisi, yang juga pelakon mendakwa tidak tahu-menahu mengenai khabar angin rumah tangga anaknya, Ira dan Syamsul, yang dikatakan bermasalah.

Ketika dihubungi Berita Harian Malaysia (BHM), Kazar enggan mengulas lanjut sebelum panggilan telefon terputus.


“Saya tak tahu... Saya sedang berada di luar kota,” katanya.

Sebelum itu, Syamsul didakwa kini menjalin hubungan dengan wanita yang dikenali sebagai Irenee Deanna. Bagaimanapun, beliau tidak mendapat serangan negatif daripada warganet.

Menerusi tinjauan Utusan Malaysia, warganet bagaimanapun dilihat seakan ‘merestui’ hubungan tersebut meskipun tahu Syamsul sudah menjadi suami orang.


Rata-rata, pengikut Instagram dilihat meninggalkan komen berbaur pujian terhadap Irenee dan menyifatkan beliau sebagai wanita yang sangat cantik selain berkerjaya.

Malah, ada yang menganggap Irenee sebagai saingan setara dengan bekas isteri Syamsul, Puteri Sarah Liyana, dari segi paras rupa dan kerjaya yang hebat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >