Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Charles & Keith buka butik baru di Jepun, perkukuh kehadiran sejagat

May 06, 2024 | 11:08 AM



Jenama fesyen dan aksesori asal Singapura, Charles & Keith (C&K), membuka cawangan baru di Shibuya, Jepun, pada Mac.

Butik tersebut adalah kedai sejagat pertama yang direka dengan kerjasama firma seni bina, David Chipperfield Architects.

Sejak 2018, syarikat C&K – yang ditubuhkan pada 1996 – telah membuka 19 butik di serata Jepun. Kehadiran di Shibuya bermakna bagi syarikat itu.

“Tanya sesiapa (apa mereka fikirkan) tentang Shibuya dan perkara pertama yang menarik perhatian adalah fesyen,” kata Pengarah Eksekutif C&K, Encik Fong Shee Beng, yang menyelia perniagaan antarabangsanya.

Shibuya juga dikenali sebagai “bandar untuk generasi lebih muda” yang merupakan pasaran sasaran C&K.

Pengasas jenama itu – adik-beradik Charles dan Keith Wong – telah lama berhasrat membuka cawangan di bandar Jepun itu.

Namun, akibat kerumitan, kedai di Nagoya dibuka dahulu, sebelum sebuah cawangan di Shibuya dibuka di “kawasan kurang utama” pada Disember 2018, kata Encik Fong.

Kedai itu telah ditutup dan dipindahkan ke butik sekarang.

“Apabila kami memasuki pasaran sebelum ini, ia lebih sukar untuk mendapatkan hartanah. Tetapi selepas pandemik, kami dapat melihat beberapa peluang walaupun trend perniagaan menurun,” ujar Encik Fong.

C&K menubuhkan stor pertamanya di Jepun sekitar 10 tahun lalu melalui usaha sama sebuah syarikat Jepun.

Ia mengakhiri perkongsian itu pada 2016 dan menutup stor fizikalnya, mengekalkan cabang e-dagang sebelum membuka semula secara rasmi sebagai entiti milik swasta pada 2018.

Apabila pandemik melanda, ia sudah membina kecekapan e-dagang dan lebih bersedia berbanding pesaing lain dalam pasaran runcit Jepun.

Bekerjasama dengan syarikat David Chipperfield Architects – sebuah firma yang telah mereka bentuk butik jenama mewah seperti Valentino – memaparkan percubaan C&K untuk menjadi jenama mewah.

Pembukaan butik di Shibuya meraikan logo baru dan koleksi tetap C&K.

Selepas 20 tahun berniaga, pengasas C&K mahu memperbaharui jenamanya untuk pelanggan lebih muda, kata Encik Fong, yang telah bekerja dengan jenama itu sejak 2005.

Jenama itu juga mempunyai rangkaian produk premium baru yang dinamakan, L’Initial.


Ia mempunyai produk buatan kulit asli dengan banyak produk memaparkan logo dan produk CK baru seperti beg tangan dan dompet berantai.

Di samping itu, ia juga mempunyai kasut dengan cetak monogram pada kasut bertali dan reben satin kasut balet.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >