SEORANG rakan seperjuangan seberang tambak pernah bertanya, siapakah penyanyi Singapura, terutama dari era akhir 1990-an atau awal 2000 dan seterusnya yang bersuara baik dan berpotensi untuk pergi jauh lagi jika diberi pendedahan yang betul.
Ini kerana penyanyi yang mereka kenali dari Singapura terhad kepada orang lama yang lahir pada zaman kegemilangan industri muzik Singapura ketika syarikat rakaman antarabangsa seperti Warner, EMI, Polygram dan sebagainya masih bertapak di sini.