Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

6 gerai saji hidangan inovatif di bazar Kampong Gelam

Mar 09, 2024 | 05:30 AM










1. Smashed by The Halal Corner







Meraih ilham daripada burger yang dinikmati di London Disember lalu, pemilik The Halal Corner dan Brunch Club, Encik Kaleemullah Saffarullah dan Encik Muhammad Asyraf Mohamed Rasheed, ingin memperkenalkan konsep smashed burger di sini pula.


Burger daripada gerai Smashed itu mempunyai daging yang ditekan dan dipadatkan di atas pemanggang sehingga ia membentuk lapisan yang garing di luar.

“Daging itu mempunyai tekstur yang garing di luar, sementara intinya kekal lembut dan juicy,” dedah Encik Asyraf.


Burger Smashed dihidangkan di dalam kotak kuning yang mencuri perhatian, dengan roti Brioche yang berlemak, keju, jeruk, bawang karamel, dua lapisan daging dan sos seperti sos ‘house’ dan sos belado.


Tiga jenis smashed burger yang boleh didapati itu ialah – Classic Smashed ($10), House Smashed ($10), dan Spicy Smashed ($12).


“Jika jenama Smashed mendapat sambutan yang baik seperti yang diraih The Halal Corner, kami berhasrat untuk membuka cawangan khusus menjual burger,” tambah Encik Muhammad Asyraf.

2. Teh.Ohh







Mengambil inspirasi daripada minuman klasik teh O, pasangan suami isteri, Cik Nurshakirah Azman dan Encik Abdullah Umeir Azman, mahu menampilkan kelainan di gerai Teh.Ohhh.

“Teh O sememangnya air minuman yang dekat di hati ramai. Kami menampilkan teh longan, teh nanas, teh laici dan teh epal yang dibuat dengan buahnya,” kata Cik Nurshakirah, yang juga menjual perisa teh asli, teh Ohhriginal.


Yang menariknya, bukan hanya teh itu berperisa, malah buah di dalamnya juga boleh dinikmati bersama minuman tersebut.

Walaupun teh O itu kelihatan biasa sahaja, rasanya sangat menyegarkan dan menghilangkan dahaga, terutama sekali setelah sehari berpuasa pada Ramadan.

Gerai air tebu, Tebuuuu, yang berdekatan dengan gerai Teh.Ohh juga dimiliki oleh pasangan suami isteri itu.


Gerai itu menggunakan serbuk teh yang diimport, menawarkan rasa teh yang lebih ringan dan menyegarkan.

Minuman Teh.Ohh yang paling laris ialah teh nanas dan teh laici.

3. Deng-Deng







Bazar Ramadan tidak lengkap tanpa aroma salai yang menggiurkan dari gerai dendeng.

Pemilik gerai Deng-Deng, Encik Khairul Zaman, yang terletak berhadapan Masjid Sultan, menampilkan pelbagai jenis dendeng seperti BBQ original, daging cili, ayam madu dan ayam cili.

“Biasanya dendeng original mudah didapati. Malah, kami memperkenalkan ayam madu dan ayam cili yang sudah mendapat sambutan yang baik,” dedah Encik Khairul.

Dendeng ayam madu mempunyai rasa yang lebih manis terutama pada bahagian dendeng yang dibakar.

Deng-Deng Chips yang kami sajikan mengandungi kentang goreng, daging cencang, potongan dendeng dengan sos keju dan cili,” kata Encik Khairul.


“Sebelum ini, kami berada di bazar Geylang pada 2021 dan 2022. Kini, kami berada di bazar Kampong Gelam buat kali pertama, disebabkan suasana dan demografi pelanggan yang lebih pelbagai,” tambahnya.

4. Ashes Burnnit







Buat julung-julung kalinya, gerai jualan burger gourmet, Ashes Burnnit, menyertai bazar Ramadan!


Pemilik rangkaian gerai makanan Ashes Burnnit, Encik Lee Syafiq Muhd Ridzuan Lee, berkata ini adalah satu pengalaman baru bagi dirinya dan juga pasukannya.

Sempena bazar Ramadan, Ashes Burnnit menawarkan menu khas yang hanya disediakan semasa acara bazar.

Antara burger yang laris dijual ialah ‘OG John’, roti john dengan ‘roti charcoal’ iaitu roti hitam yang dibuat dengan serbuk arang.

‘OG John’, yang berharga $10, mengandungi protein daging rusuk pendek (short ribs) dan daging cencang yang dibungkus dengan telur dadar.

Keju Amerika, mozzarella dan tambahan keju nacho juga ditaburkan atasnya.


Setiap suap padu dengan isi daging serta keju dan harganya berbaloi untuk bentuk roti bujur yang panjang.

Menurut ketua acara Ashes Burnnit, Encik Muhd Muhaimin Abdul Raof Magad, semasa acara bazar, mereka juga menjual air minuman khas seperti Fizzy Solero ($6) di mana perisanya hampir sama dengan aiskirm popular, Solero, yang mengandungi perisa limau dan vanila.


“Menu burger gourmet dan minuman yang dijual di gerai kami di bazar ini tidak boleh didapati di tujuh cawangan Ashes Burnnit yang lain. (Menu ini) Khusus untuk pengunjung bazar,” ujar Encik Muhaimin kepada Berita Harian.


Ashes Burnnit juga menjalankan promosi diskaun 10 peratus untuk setiap set pembelian burger dan air.

5. Burgers & Woks







Bagi mereka yang inginkan minuman bergas bagi menghilangkan dahaga, gerai Burgers & Woks menawarkan minuman soda berperisa butterscotch ($7).


Minuman itu, yang dipopularkan oleh siri filem, Harry Potter, dan lebih dikenali sebagai butter beer, mengandungi perisa butterscotch, di mana rasanya mempunyai rasa karamel (gula hangus) dan mentega.


Ini bukan kali pertama gerai itu mengambil bahagian dalam bazar Ramadan di Kampong Gelam, namun minuman soda tersebut adalah menu baru yang ingin diperkenalkan kepada pelanggan.

“Perisa daripada soda dibuat oleh campuran gula dan butterscotch kami sendiri untuk mendapatkan rasa lemak mentega,” kata seorang jurucakap gerai tersebut.


Krim dan sirap karamel juga ditambahkan di atas minuman itu untuk menambahkan lagi kemanisannya.

Setelah diminum, bahagian atas bibir akan dilapisi krim, meninggalkan kesan manis daripada minuman tersebut.

Minuman soda ini amat menyegarkan dan semestinya menghilangkan dahaga.

Burgers & Woks dikendalikan oleh restoran The Shakehouse by Love, Food Club.

6. Killaz Birria Tacos







Pengunjung bazar Ramadan mungkin jarang sekali dapat menemui makanan popular Mexico, tacos.


Namun, inilah yang ditawarkan gerai, Killaz Birria Tacos, yang menyajikan ‘birria tacos’ yang dihasilkan dengan cili dan rempah dari Mexico.

“Kami menggunakan beberapa jenis rempah Mexico dalam perapan kami. Lada cili dan rempah-ratus semuanya diimport untuk kami capai rasa yang asli,” kongsi pemilik Killaz Birria Tacos, Cik Linda Oked.

“Kami menggunakan beberapa jenis cili dari Mexico. Kami membeli bahan-bahan setiap hari untuk memastikan kesegaran sayur-sayuran dan bahan tambahan (topping),” tambahnya.

Dua keping ‘birria tacos’ (ala carte) berharga $20.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >