MENENANGKAN dan memberi motivasi kepada keluarga penumpang nahas pesawat syarikat penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ006 di Taiwan, yang diselubungi kesedihan, menjadi amanah Encik Abbas Ismail suatu ketika dahulu.
Beliau juga antara kelompok pertama kakitangan pengurusan operasi lapangan terbang di bawah Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) yang bergegas ke Palembang apabila pesawat SilkAir MI 185 terhempas di Sungai Musi, Sumatera.