Art Fazil sebenarnya sudah lebih 20 tahun berkecimpung di dalam bidang seni dan merupakan antara pelopor Rausyanfikir (dalam bahasa Parsi, bererti golongan pemikir). Sebuah kumpulan tiga anggota yang popular lewat 1990an.
Di Malam Sastera Berita Harian, beliau mendendangkan lagu 'Merindu Kepastian', 'Syair Hang Nadim' dan 'Rilek Brader'.
Kembara seni beliau mencecah sejauh United Kingdom, ke England dan Scotland.
Seorang seniman dwi bahasa, antara lagu-lagunya: Full Moon Over Marina Bay, Sometimes When I Feel Blue dan Rilek Brader antara yang popular dan digemari ramai.
Beliau juga penerima Anugerah Persuratan bagi senikata terbaik untuk lagu ‘Ali Malas’ untuk album Rausyanfikir II.
Ikuti persembahan beliau di http://beritaharian.sg/gah/sastera/art-fazil-merindu-kepastian