Topik diikuti
Pergi ke BHkuRealiti hidup pesakit bipolar 'ditelanjangkan'
Pengongsian penulis skrip tentang gangguan mental yang dihadapinya suntik unsur realisma ke dalam 'Naked'
Realiti hidup pesakit bipolar 'ditelanjangkan'
SETELAH sekian lama tidak menonton pementasan teater, saya sangat teruja menonton lakonan Dalifah Shahril sekali lagi yang pada kali ini memainkan watak monolog seorang pesakit bipolar dalam monolog Naked.
Sebelum ini, saya tidak tahu apa-apa tentang gangguan bipolar. Kali pertama saya mendengar tentangnya ialah beberapa tahun yang lalu apabila rakan saya secara berseloroh mencadangkan agar saya diperiksa bagi gangguan bipolar memandangkan saya menghidap insomnia.
