KEMATIAN seorang rakan karib yang merupakan seorang pesakit mental menguatkan semangat Cik Lubna Iskandar Shah meneruskan 'perjuangan' rakannya membantu para pesakit mental lain.
Cik Lubna, 25 tahun, seorang jururawat kanan dan penerima biasiswa kejururawatan National Healthcare Group (NHG), meneruskan impian rakannya itu untuk menubuhkan sebuah kelab yang dapat membantu pesakit mental dan keluarga mereka menjalani kehidupan yang lebih bermakna serta bebas daripada stigma masyarakat.