PENARI profesional, Shahrin Johry, secara jujur mengakui beliau sudah berada di "puncak" keletihan dari segi fizikal, mental dan emosi dalam mempersiapkan diri untuk pertandingan menari, Dance Singapore Dance.
Ini kerana beliau telah memberi segenap tenaga dan masanya untuk pertandingan yang bermula pada 18 Julai lalu itu.