IKAN bilis mungkin tampak kecil dipandang mata dan sama sekali tidak diduga boleh bertukar menjadi raksasa.
Namun, berkat kreativiti dan fantasi yang ditebar dua pembikin filem setempat, Encik Zulkifli Salleh dan Encik Lee Chee Tian, kisah si ikan bilis kecil yang mengganas berjaya diiktiraf di layar perak antarabangsa.