TIDAK semua busana yang berkerdipan dan dipakai selebriti dengan penuh gayanya di sesi 'Permaidani Merah', Anugerah Planet Muzik (APM), kelmarin itu dicipta pereka fesyen terbilang yang ada nama di persada hiburan.
Boleh dikatakan ada yang lebih selesa mengetengahkan idea unik teman karib mahupun pakaian yang ditaja oleh anggota keluarga sendiri.