MELIHAT bapanya berhempas pulas menubuh dan membangunkan kedai makannya sendiri, secara tidak langsung ia membuat Encik Mohd Farhan Mohd Yusoff berasa perlunya beliau meneruskan kerja keras bapanya.
Meskipun kini beliau merupakan mahasiswa sarjana sambilan di SIM Global Education dalam bidang Pentadbiran Perniagaan, Encik Mohd Farhan tidak memilih bekerja dengan syarikat lain yang dapat menjanjikan gaji mantap.