AKTRES Hollywood, Pamela Anderson, dilaporkan telah merahsiakan penderaan seks yang dialaminya semasa kecil kerana yakin beliaulah punca di sebalik kematian orang yang disyaki melakukan penderaan itu.
Bekas bintang siri Baywatch itu membuat pendedahan tersebut pada Mei lalu di hadapan lebih 200 pengunjung Festival Filem Cannes di Perancis.