SEPULUH tahun lalu, penyanyi hip hop dan rap SonaOne tidak pernah terfikir akan membuat dan menerbitkan muzik sepenuh masa.
Sangka SonaOne, atau nama sebenarnya Mikael Adam Mohd Rafae, 26 tahun, beliau akan bekerja di kubikel pejabat dan menjadi seorang pereka grafik atau berkecimpung dalam bidang multimedia.