TIDAK diduga lagu popular penyanyi setempat Hisyam Azmi, Selfie dan Jangan Main Cinta, turut bertakhta di hati pendengar Melayu di Melbourne, Australia.
Justeru, apabila diundang Persatuan Masyarakat Melayu Australia bagi membuat persembahan di acara sambutan ulang tahun Singapura yang ke-50 (SG50) bulan depan, beliau amat terkejut.