KALAU dulu beliau boleh turun ke pasar Geylang Serai yang terletak dekat rumahnya bagi membeli nasi bungkus dengan berpakaian selekeh dan ada kalanya tidak sempat mandi, kini tidak lagi bagi pelakon komedi yang dikenali dengan nama pentasnya sebagai Fakkah Fuzz.
"Sejak Super Spontan Upsize, lebih ramai mak cik-makcik dan kakak-kakak yang mahu bergambar dengan saya!" gelak Fuzz, 29 tahun.