AKTRES Hollywood, Reese Witherspoon, mengalami kesukaran dan bingung semasa diminta memainkan watak sebagai penagih dadah yang sedang menjalani 'penghijrahan' dalam kehidupannya menerusi filem terbaru lakonannya, Wild.
Aktres itu, yang belum pernah menggunakan dadah, berkata beliau bersetuju memainkan watak itu kerana sedar ia amat istimewa, menurut laporan Harper's Bazaar.