PENYANYI Anuar Zain tidak berminat untuk terlibat sebagai juri atau mentor dalam mana-mana program realiti buat masa ini.
Anuar, atau nama sebenarnya Shahrul Anuar Zain, 45 tahun, berkata selain kekurangan masa, beliau lebih selesa memberi tumpuan kepada kerjaya nyanyian berbanding perkara lain, menurut laporan mStar Online.