Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19

Gaya Hari Raya

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Gaya Hari Raya

Jul 28, 2015 | 05:30 AM



AKSESORI


Tidak cukup dengan hanya memakai baju Melayu, ramai orang kini melengkapi pakaian mereka dengan pelbagai aksesori.


Bagi si wanita anggun, rantai kepala atau 'head chain' menjadi pilihan untuk mencantikkan lagi rupa keseluruhan.


Ada yang melengkapi pakaian dengan gelang dan subang telinga.


Ramai wanita kini berusaha menggayakan rambut mereka kerana rantai kepala sahaja tidak cukup untuk melengkapi gaya keseluruhan.


Bagi kaum Adam, ramai melengkapi pakaian mereka dengan pelbagai bentuk kerongsang yang diletakkan di songkok atau di bahagian leher baju mereka.


SOLEKAN NEUTRAL


Sedikit solekan boleh mengubah keseluruhan rupa dan penampilan seseorang.


Tahun ini, ramai wanita kelihatan menggunakan solekan berwarna neutral supaya kelihatan semula jadi.


Solekan neutral juga lebih senang dibersihkan dan digunakan semula apabila ingin menunaikan solat.


Walaupun solekan dikaitkan dengan kaum Hawa, kaum Adam juga tidak semestinya mengabaikan solekan.


Bagi lelaki, solekan mudah seperti dandanan pada bulu kening, janggut dan misai serta sedikit bedak muka asas boleh menambah ketampanan.


MODEN MINIMALIS


Baju Melayu moden memang sudah digemari sebagai pakaian Hari Raya. Namun, tahun ini konsep minimalis menjadi pilihan ramai. Baju kurung, baju kebaya, abaya dan banyak lagi baju Hari Raya kini disediakan dalam dua warna sahaja atau monokrom (hitam dan putih).


Bagi kaum Adam pula jenama-jenama popular dan ‘hipster’ (berlainan daripada biasa) kini menyediakan baju Melayu lelaki yang menggunakan corak dan bahan yang inovatif lagi unik. Contohnya, corak moden yang diilhamkan daripada desain batik oleh jenama Zery Zamry dan kain samping yang diperbuat daripada bahan kulit tiruan, bukan kain songket.


GAYA SELEBRITI


Tahun ini, lebih banyak jenama baru yang muncul hasil kerjasama antara jenama pakaian itu dengan selebriti.


Nama-nama selebriti ini berjaya menarik pelanggan agar bergaya dengan pakaian jenama tersebut.


Contohnya adalah jenama DiyanaxFatimah, hasil kerjasama antara isteri pelakon Aaron Aziz, Diyana Halik, dan stailis fesyen terkemuka, Fatimah Mohsin.


Jenama pakaian Adrianna Yariqa adalah satu lagi contoh yang disokong pula oleh pelakon popular seperti Nurul Nabila dan Danial Ashriq.


Dengan daya tarikan selebriti ini, ramai pelanggan tertarik mahu membeli koleksi pakaian Hari Raya dengan jenama-jenama tersebut dan berkongsi kegembiraan mereka di laman media sosial.


Ternyata, ramai ingin bergaya dan memperagakan pakaian seperti selebriti kegemaran mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >