SEDANG segolongan remaja memilih bekerja sambilan di tempat berhawa dingin sebagai penjual runcit atau barista, Encik Nizaruddin Mashruddin, 24 tahun, rela berjemur di bawah terik mentari dan menemani bapanya bermain muzik di jalanan.
Bapanya, Encik Mashruddin Shahruddin, 61 tahun, yang cacat penglihatan, ialah seniman jalanan sepenuh masa selama 22 tahun sejak 1993.