MENITI usia 62 tahun ibarat menyeberangi pulau persaraan yang sangat didambakan mereka yang selama ini berhempas pulas mencari rezeki buat keluarga dan membina kerjaya.
Tetapi Papa Rok, Datuk Ramli Sarip, yang telah berkecimpung dalam dunia seni muzik selama empat dekad, hampir tidak dapat membayangkan detiknya jika sampai waktu beliau bersara biarpun hakikatnya beliau hanya membilang hari untuk mencapai usia persaraan.