DALAM almari berkaca Cik Fildza Md Zin, tersusun lebih 20 beg berjenama dengan nilai sekitar $25,000.
Namun, selain untuk memanjakan diri, bagi Cik Fildza, beg-beg tersebut adalah satu pelaburan memandangkan kebanyakan beg dalam koleksinya itu akan bertambah nilai.