Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Beg berjenama: Tiga nama jadi pilihan wanita

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Beg berjenama: Tiga nama jadi pilihan wanita

Dec 22, 2014 | 12:57 PM



TIGA jenama - Chanel, Prada dan Michael Kors - merupakan beg yang paling diminati ramai berdasarkan respons tinjauan yang kami lakukan.


Bagi Cik Fildza Zain, walaupun ada minat dalam mengumpul beg-beg yang berjenama itu, keselesaan dan kegunaannya masih menjadi aspek utama yang dipertimbangkan dalam membeli beg.


Bagi mereka yang hanya ingin menggunakan beg-beg berjenama untuk menghadiri acara-acara khas, ThatBagIWant.com menyediakan khidmat sewa beg.


Bukan itu sahaja, jika anda 'jatuh cinta' dengan beg yang disewa itu, anda boleh membelinya dengan harga yang lebih murah.


Untuk memastikan ketulenan beg yang dibeli, Encik Fildza menasihati mereka yang membeli di Internet supaya meminta bukti ketulenan daripada pembekal, seperti resit dan juga sijil ketulenan.


Selain itu, terdapat cara-cara lain yang boleh dilakukan untuk mengenal pasti ketulenan beg berjenama, antaranya:


1. Teliti jahitan dan juga mutu bahan yang digunakan beg tersebut dan pastikan kualiti buatannya baik.


2. Tanyakan kepada pembekal mengenai jaminan (warranty) dan sama ada beg tersebut boleh dikembalikan jika terdapat sebarang cacat cela.


3. Pastikan sama ada terdapat nombor siri di dalam beg tersebut (bukan untuk semua beg).


4. Teliti lapisan yang digunakan di bahagian dalam beg tersebut. Jika geseran lapisan itu berbunyi seperti geseran kertas, ia bukan jitu. Beg berjenama yang jitu biasanya menggunakan lapisan kulit.


5. Pastikan warna beg itu tidak berbeza daripada yang sepatutnya. Ini memerlukan pemeriksaan yang teliti kerana terdapat perbezaan yang amat halus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >