MEMBELEK Kamus Sarjana susunan Profesor Dr Yang Quee Yee yang dibantu isterinya, Cik Chan Maw Woh, dan Profesor Zhao Yue Zhen bak mengungkapkan sebuah jalinan antara rumpun Cina dengan rumpun Melayu.
Saya menerima hadiah kamus ini daripada Cik Chan sewaktu acara Bacalah Singapura! yang menampilkan forum tiga sasterawan mapan - Suratman Markasan, Mohd Latiff Mohamed dan Isa Kamari - pada 24 September lalu di bangunan Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).